:: [ Muka Depan ] ::



1. Hendaklah bersih daripada hadas (sunat berwudhuk).

2. Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur seperti berikut:








Maknanya : Salam sejahtera kepada mu wahai ahli perkuburan ini , dari kalangan kaum muslimin dan mukminin. Dan bahawa kami juga insya allah akan merurut kamu ,apabila sampai gilirannya semoga Allah Ta'ala memberi rahmat dan selamat sentosa kepada kami dan kepada kamu bersama.









Maknanya : Salam sejahtera kepada kamu , wahai ahli perkampungan kubur ini. Semoga Allah mangampunkan kami dan kamu, kamu adalah orang-orang yang mendahului kami. Dan kami pula akan menurut kamu apabila sampai gilirannya.

3. Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap kiblat/kubur sambil memberi salam sejahtera khusus kepadanya seperti.

"Assalamulaikum wahai ayahku"

Dan Diiringi Dengan Doa-Doa.

4. Selepas memberi salam sunat membaca Al-Quran dan menghadiakannya
kepada simati

seperti:

5. Selepas membaca Al-Quran sebanyak yang mungkin hendaklah menghadap
kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah Ta'ala mengampuni dosanya dan melempahkan rahmat kepadanya.

6. Selepas membaca Al-Quran atau Tahlil dan berdoa, sebelum meninggalkan
perkuburan sunat meraufkan tanah tiga kali.

 


Kali pertama:


Maknanya : Daripadanya (tanah) Allah menjadikan kamu.





Kali Kedua :


Maknanya :
Dan daripada (tanah) tempat kembali.





Kali Ketiga:

Maknanya : Dan daripada (tanah ) akan keluar di hari akhirat nanti.


7. Sebelum meninggalkan kubur. Bacalah Surah Zalzalah., sebanyak 7 kali.

8. Apabila sudah sempurna dan selamat barulah tinggalkan kubur.

ADAB DAN CARA ZIARAH KUBUR