ADAB DAN CARA ZIARAH KUBUR
1. Hendaklah bersih
daripada hadas (sunat berwudhuk).
2. Sebaik-baik sahaja
sampai di tanah perkuburan sunat memberi salam secara umum kepada
ahli kubur seperti berikut:

Maknanya :
Salam sejahtera kepada mu wahai ahli perkuburan ini , dari kalangan
kaum muslimin dan mukminin. Dan bahawa kami juga insya allah akan
merurut kamu , apabila sampai gilirannya semoga Allah Ta'ala memberi
rahmat dan selamat sentosa kepada kami dan kepada kamu bersama.

Maknanya :
Salam sejahtera kepada kamu , wahai ahli perkampungan kubur ini.
Semoga Allah mangampunkan kami dan kamu, kamu adalah orang-orang
yang mendahului kami. Dan kami pula akan menurut kamu apabila
sampai gilirannya.
3. Setelah sampai
dekat kubur kaum kerabat atau sahabat kenalan hendaklah berdiri
rapat di tepi kubur dengan mengadap kiblat/kubur sambil memberi
salam sejahtera khusus kepadanya seperti.
"Assalamulaikum
wahai ayahku"
Dan Diiringi Dengan
Doa-Doa.
4. Selepas memberi
salam sunat membaca Al-Quran dan menghadiakannya
kepada simati
seperti
- Surah Al-Qadri
- Surah Kursi
- Surah Ikhlas dan lain-lain
lagi
5. Selepas membaca Al-Quran sebanyak yang mungkin hendaklah menghadap
kiblat dan berdoa untuk simati semoga Allah Ta'ala mengampuni
dosanya dan melempahkan rahmat kepadanya.
6. Selepas membaca
Al-Quran atau Tahlil dan berdoa, sebelum meninggalkan
perkuburan sunat meraufkan tanah tiga kali.
Kali pertama

Maknanya :
Daripadanya (tanah) Allah menjadikan kamu
Kali kedua 
Maknanya : Dan daripada (tanah) tempat kembali.
Kali ketiga 
Maknanya : Dan daripada (tanah ) akan keluar di hari akhirat
nanti.
7. Sebelum meninggalkan kubur. Bacalah Surah Zalzalah., sebanyak
7 kali.
8. Apabila sudah sempurna
dan selamat barulah tinggalkan kubur.
|