|
PERKARA
YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI
-
Apabila telah mati (yakin matinya), hendaklah
ditutup matanya, diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya,
dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak, ditutup seluruh
badannya dengan kain dan diletakkan di tempat yang tertinggi,
umpamanya di atas katil, dan diletakkan di atas perutnya benda-benda
yang beratnya satu lb.
-
Ahli-ahli mayat itu hendaklah berikhtiar membayarkan
hutangnya daripada harta peninggalannya atau daripada pertolongan
ahli-ahli mayat itu atau seorang waris atau orang lain membuat
pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya.
-
Hendaklah disebutkan kebaikannya dan mendoakan
keampunan baginya.
|
|