[ Carian Mengikut No. Pusara ] :: [ Carian Mengikut Tarikh Kematian ] :: [ Carian Mengikut Nama ]

:: [ ORANG YANG HAMPIR MATI ] :: [ PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI ] ::
:: [ KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG BERHUBUNG DENGAN MAYAT ] :: [ MEMANDIKAN MAYAT ] ::
:: [ YANG BERHAK MEMANDIKAN MAYAT ] :: [ CARA-CARA MENGKAFANKAN MAYAT ] ::
:: [ SEMBAHYANG MAYAT ] :: [ MENGKEBUMIKAN MAYAT ] :: [ KANAK-KANAK KAFIR PERLIHARAAN ORANG ISLAM ] ::
:: [ TAKZIAH ] :: [ MENANGIS] :: [ MENYEDIAKAN MAKANAN ] :: [ MEMBACA DOA ] ::



MEMANDIKAN MAYAT

Sekurang-kurangnya mandi bagi mayat itu ialah meratakan air ke seluruh anggota badannya, setelah disuci najis-najis, yang sebaik-baiknya : Dimandikan di tempat yang suci, sekiranya ada yang memandikan dan penolongnya sahaja yang berada di tempat itu.

  1. Dimandikan di tempat yang tinggi yang telah disediakan kerananya.
  2. Ditutup mayat itu dengan kain yang menutup kesemua bahagian diantara pusat dan lutut sahaja.
  3. Orang yang memandikan mayat atau penolongnya hendaklah memakai sarung tangan.
  4. Mula-mula digosok giginya, mulutnya, dibersihkan najis-najis yang keluar dan disisir rambutnya.
  5. Diambilkan wuduk ke atasnya.
  6. Dijiruskan air ke atas lambung kanan setelah dibaringkan di atas lambung kiri kemudian dibaringkan ke atas lambung kanan dan dijirus air di atas lambung kiri.
  7. Dibasuh 3 kali atau 5 kali atau lebih dengan air sejuk.
  8. Elok dipakai sabun atau sebagainya.
  9. Basuhan yang penghabisan elok dicampur dengan kapur barus dan bau-bauan yang harum
  10. Apa-apa yang tercabut atau yang gugur dimasa mandinya, seperti rambut dan sebagainya, hendaklah disimpan dan diletakkan di dalam kafan bersama dengan mayat itu.

Peringatan:
Kanak-kanak lelaki yang masih qoulub (belum berkhatan), hendaklah dibuka dan dicuci, jika boleh dan senang, dan jika tidak hendaklah ditayamumkan sahaja.

<< Sebelumnya :: [ Muka Depan ] :: Seterusnya >>