|
YANG
BERHAK MEMANDIKAN MAYAT
- Lelaki tidak boleh memandikan mayat perempuan kecuali isteri
atau muhrimnya.
- Perempuan tidak boleh memandikan mayat lelaki kecuali suaminya
atau muhrimnya.
- Yang lebih utama memandikan mayat perempuan ialah kerabatnya
yang perempuan, kemudian perempuan-perempuan yang bukan kerabatnya,
kemudian suaminya, demikian juga kepada mayat lelaki kerabatnya
yang lebih berhak, kemudian lelaki yang bukan kerabatnya.
- Sekiranya berlaku kematian seorang perempuan, dan di tempat
itu tidak ada seorang perempuan pun, maka hendaklah ditayamumkan
dan tidak boleh dimandikan oleh lelaki, demikian juga suaminya.
- Manakala bagi mayat kanak-kanak pula, samada lelaki atau
perempuan boleh memandikan.
Peringatan
:
-
Haram dimandikan mayat yang mati dalam perang
Sabilillah.
-
Haram menaruh bau-bauan kepada yang mati di
dalam ihram.
-
Haram ditutup muka perempuan dan kepala lelaki
bagi orang yang mati di dalam ihram.
-
Juzuk mayat orang Islam wajib dimandikan,
dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
|
|