|
MENGKAFANKAN
Dikafankan
mayat dengan pakaian yang boleh dipakainya di masa hidupnya dan
berwarna putih lebih elok; kain sutera boleh digunakan untuk mengkafankan
mayat perempuan sahaja.
Sekurang-kurang kafan ialah satu lapis sahaja, demikian juga pada
kanak-kanak, dan harus ditambah di bawah balut itu, serban dan
baju labuh, dan yang sempurna bagi perempuan lima, iaitu kain
pinggang, kain tudung, baju dan dua lapis kain balut.
CARA-CARA
MENGKAFANKAN MAYAT
Disediakan
satu tikar dan satu bantal, kemudian dibentangkan kain kafan yang
tiga lapis atau dua lapis itu sehelai demi sehelai dan lapisan
yang tersentuh dengan mayat itu, hendaklah ditaburkan dengan bau-bauan
yang telah disediakan dan dipercikkan air mawar, kemudian letakkan
mayat di atas kain itu dan ditampal mukanya, telinganya, punggungnya,
tapak tangan dan tapak kakinya dengan kapas, kemudian dibalut
hingga habis lapis balut itu.Kain balut hendaklah diikat di hujung
kepalanya, di tempat letak tangannya, di kemaluannya, di lututnya
dan di hujung kakinya, ikatan di kemaluannya disimpul di tengah-tengah.
Adapun serban, baju labuh (Qamis), kain dan tudung kepala dipakaikan
sebelum dibalut.
Peringatan
:
1. Makruh dikafankan mayat itu dengan kain yang mahal.
2. Kain yang telah dibasuh lebih baik daripada kain yang baru.
3. Ikatan kain balut hendaklah dilonggarkan simpulannya apabila
mayat yang
telah dibaringkan di dalam kubur.
|