|
SEMBAHYANG
MAYAT
Syarat
sembahyang mayat hadir ialah :
1. Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.
2. Mayat orang Islam.
3. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis.
4. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang).
5. Matinya tidak kerana perang Sabilillah.
Rukun
sembahyang mayat tujuh perkara:
1. Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang
lain.
2. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya).
3. Empat takbir, termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca Fatihah.
5. Membaca Salawat.
6. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat).
7. Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam
Peringatan:
- Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang
eloknya, dibaca salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya).
- Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan
syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah:

- doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.
- Mayat kanak-kanak hendaklah dibaca doa

- Mayat yang hendak disembahyangkan itu, sekiranya lelaki, kepalanya
sebelah kiri dan imam berdiri tentang kepalanya, dan jika mayat
itu perempuan, kepalanya di sebelah kanan dan imam berdiri bertentang
tangan dan punggungnya.
- Mayat yang di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan,
hendaklah dibuka tudungnya.
Perkara-perkara
sunat bagi sembahyang mayat:
1.
Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir.
2. Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang.
3. Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik.
4. Diperbuat 3 saf (barisan)
Yang
lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu bapanya
kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya
dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa,
kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara seibu sebapa,
kemudian asabah menurut terbit pusaka dan kemudian Zawin-Arham,
jika didapati sama keadaan martabat mereka, maka didahulukan yang
tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas
itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua, dan jika
tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan
orang yang terlebih faqih dan tua.
Menyembahyangkan
mayat yang ghaib:
1. Mayat yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan.
2. Boleh disembahyangkan mayat yang telah dikuburkan di atas
kuburnya.
Anak-anak
yang gugur sebelum sampai bulannya:
- Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis,
maka mayat itu hukumnya seperti mayat orang besar.
- Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia,
maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan
tidak payah disembahyangkan.
- Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia,
maka tidak wajib padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan
kain dan ditanam.
|
|