Kubur:
Sekurang-kurang kubur ialah satu lubang yang boleh menahan bau
busuk dan tidak dapat dibongkar oleh binatang buas, dan seelok-eloknya
hendaklah kubur itu luas dan dalam, lebih kurang enam kaki dalamnya,
dan dengan liang lahad lebih baik daripada liang kembal bundi,
jika tanah perkuburan itu keras.
- Liang lahad ertinya dikorek ke hala kiblat seluas badan mayat
daripada tepi bahagian kubur.
- Liang kembal bundi (syaq) ertinya diperbuat satu lubang kecil
di tengah seluas badan mayat di sebelah bawah kubur.
Memasukkan
mayat ke dalam kubur:
Dimasukkan
mayat itu dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dengan disambut
oleh tiga orang yang menanti di dalamnya, kemudian dibaringkan
di atas lambung kanan menghadap kibla, kemudian ditutup liang
lahad atau kembal bundi itu dengan papan atau dengan seumpamanya,
kemudian dikambus.