

SYARAT-SYARAT
JENAZAH YANG WAJIB DIMANDIKAN
1.
Jenazah orang Islam.
2. Didapati anggotanya walaupun sedikit.
3. Anak keguguran yang sudah cukup sifat (empat bulan keatas)
4. Bukan mati syahid fisabilillah.
YANG BERHAK MEMANDIKAN MAYAT
1.
Lelaki tidak boleh memandikan mayat perempuan kecuali isteri atau muhrimnya.
2. Perempuan tidak boleh memandikan mayat lelaki kecuali suaminya atau muhrimnya.
3. Yang lebih utama memandikan mayat perempuan ialah kerabatnya yang perempuan,
kemudian perempuan-perempuan yang bukan kerabatnya, kemudian suaminya, demikian
juga kepada mayat lelaki kerabatnya yang lebih berhak, kemudian lelaki yang
bukan kerabatnya.
Sekiranya berlaku kematian seorang perempuan, dan di tempat itu tidak ada
seorang perempuan pun, maka hendaklah ditayamumkan dan tidak boleh dimandikan
oleh lelaki, demikian juga suaminya.
Manakala bagi mayat kanak-kanak pula, samada lelaki atau perempuan boleh memandikan.
TURUTAN
YANG DIUTAMAKAN MEMANDIKAN JENAZAH
Jenazah Lelaki:
1. Bapa, anak dan adik-beradik.
2. Imam atau pengantinya yang dilantik oleh Baitulmal.
3. Saudara-mara lelaki.
4. Lelaki.
5. Isteri.
Jenazah
Perempuan:
1. Saudara-mara perempuan yang marhamah.
2. Perempuan anjabiah.
3.Suami.
Peringatan :
1. Haram dimandikan mayat yang mati dalam perang Sabilillah.
2. Haram menaruh bau-bauan kepada yang mati di dalam ihram.
3. Haram ditutup muka perempuan dan kepala lelaki bagi orang yang mati di
dalam ihram.
4. Juzuk mayat orang Islam wajib dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan
dikebumikan.