

Syarat sembahyang mayat hadir ialah :
1.
Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.
2. Mayat orang Islam.
3. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis.
4. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang).
5. Matinya tidak kerana perang Sabilillah.
Rukun sembahyang mayat tujuh perkara:
1.
Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain.
2. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya).
3. Empat takbir, termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca Fatihah.
5. Membaca Salawat.
6. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat).
7. Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam.
Peringatan:
1. Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang eloknya, dibaca
salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya).
2. Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan
(ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah:
-
doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.
3. Mayat kanak-kanak
hendaklah dibaca doa .
4.
Mayat yang hendak disembahyangkan itu, sekiranya lelaki, kepalanya sebelah
kiri dan imam berdiri tentang kepalanya, dan jika mayat itu perempuan, kepalanya
di sebelah kanan dan imam berdiri bertentang tangan dan punggungnya.
5. Mayat yang di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan, hendaklah
dibuka tudungnya.
Perkara-perkara sunat bagi sembahyang mayat:
1. Mengangkat
tangan ketika mengucapkan takbir.
2. Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang.
3. Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik.
4. Diperbuat 3 saf (barisan)
Yang lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu bapanya kemudian
datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya
ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa, kemudian saudara lelaki
sebapa, kemudian anak saudara seibu sebapa, kemudian asabah menurut terbit
pusaka dan kemudian Zawin-Arham, jika didapati sama keadaan martabat mereka,
maka didahulukan yang tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut
di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua, dan jika
tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang
yang terlebih faqih dan tua.
Menyembahyangkan
mayat yang ghaib:
1. Mayat yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan.
2. Boleh disembahyangkan mayat yang telah dikuburkan di atas kuburnya.
Anak-anak
yang gugur sebelum sampai bulannya:
1. Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka mayat
itu hukumnya seperti mayat orang besar.
2. Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia, maka hendaklah
dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan tidak payah disembahyangkan.
3. Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak
wajib padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.



